Sunday, February 28, 2010

Sambungan Hadith 40...

HADITH 14

عَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ رَضِىَ الله عَنْه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( لاَ یَحِلُّ دَ مُ
امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: الثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالتَّارِكُ لِدِیْنِهِ المُفَارِ قُ
لِلْجَمَاعَةِ )) رواه البخاري ومسلم.

Daripada lbnu Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

"Darah seseorang muslim tidak halal kecuali dengan salah satu dari tiga perkara; janda yang berzina, nyawa dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya yang memisahkan diri daripada jamaah". Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Terpelihara darah orang Islam :
orang yang membunuh orang Islam dengan cara yang tidak benar - Allah janjikan azab yang pedih. orang yang bunuhnya secara sengaja juga bukan dengan hak - janji dilaknat oleh Allah dan diazab. Rasulullah menjelaskan - membunuh bukan dengan hak- termasuk dalam tujuh perkara yang membinasakan.

2) Zina orang yang berkahwin :
- Ijma’ ulama’ hukumnya direjam sampai mati - kisah Ma’iz dan Al- Ghamidiyyah - ayatnya
telah dinasakhkan - hukumnya masih dipakai.

3) Membunuh dengan sengaja :
- Ijma’ ulama’ mengatakan hukumnya balas bunuh - qisas (al- Maidah :45).
- Dikecualikan (gugur qisas):
i) bapa bunuh anak
ii) orang Islam bunuh orang kafir
iii) orang merdeka bunuh hamba.

- pendapat jumhur Imam Malik, Ahmad dan Syafi’e.
4) Murtad :
Hukumnya sama sahaja sama ada lelaki atau perempuan - bunuh.
Hadis Nabi kepada Mu’az ketika ke Yaman - Bila murtad - nasihat, ajak kembali semula kepada Islam
- jika enggan - penggal leher.

5) Hukuman Bunuh bagi kesalahan yang tidak disebut dalam hadis ini:
Liwat - muslim yang telah berkahwin atau bujang - bunuh.(hadis).
Orang yang cuba memecah belahkan ikatan orang Islam. - bunuh.
Orang yang membuat kerosakan di atas muka bumi, penyamun.
Orang yang meninggalkan solat.
Tukang Sihir - apabila sihirnya membawa kekufuran(pendapat Syafi’e).

Pengajaran hadis:

Menurut hukum Allah seorang mukmin adalah terjamin keselamatan nyawanya, darahnya dan harta bendanya daripada sebarang pencerobohan dan kezaliman. Apabila berlaku pencerobohan terhadap darah, harta dan maruahnya dia berhak menuntut balas mengikut peruntukan syara'.
Beberapa orang darahnya dihalalkan iaitu mesti dihukum bunuh. Mereka ialah penzina yang telah merasai nikmat perkahwinan halal, orang yang membunuh tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara' dan orang yang sengaja meninggalkan agama dan jamaah muslimah.

Sambungan Hadith 40...

HADITH 13

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim".

Pokok Perbincangan Hadis:

1) Nafi Iman - tidak sempurna iman sesaorang itu (belum capai hakikat iman)

2) Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain - cabang iman yang wajib.

3) Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf :

kisah Abu Zar
Ibnu Abbas - ketika menterjemahkan al-Quran menginginkan agar manusia semuanya memahami al-Quran sebagaimana beliau faham.

Imam Syafi’e - mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pula kepada orang lain - cintakan kebaikan utk org lain.

Pengajaran hadis:

Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama. Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata. Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat.

Sambungan Hadith 40...

HADITH 12

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

"Sebahagian daripada keelokkan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya. Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian".

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Antara tanda Sempurna Islam sesaorang :
jaga lidah dari perkataan yang sia-sia (Qaaf : 18) setiap yang baik akan berganda (10x) sehingga 700 gandaan.

2) Langkah bagi meninggalkan perkara yang tidak berkait:
tidak mengikut hawa dan runtunan nafsu. silap faham hadis menyebabkan setengah orang banyak meninggalkan perkara yang wajib dan juga sunat disangkanya perkara yang tak berkait dengannya.

Pengajaran hadis:

Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.
Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk di jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga tepi kain orang. Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat. Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

Sambungan Hadith 40...

HADITH 11

عن أبي محمد الحسنِ بْنِ علِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ سِبْطِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وَسَلَّم وَرَیْحَانَتِ هِ
رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: حَفِظْتُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( دَعْ مَا یَرِیْبُكَ إِلَى مَ ا
لاَ یَرِیْبُكَ)) رواه الترمذي والنسائي، وقال الترمذي: حدیث حسن صحيح.

Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., رضي الله عنهما cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata:

"Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis: Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau. Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sohih.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Menjauhi perkara syubhaat :
menjaga marwah dan diri dari terjatuh kepada yang haram - wara’. langkah bagi menutup pintu was-was syaitan.

2) Wara’ salaf terhadap perkara syubhaat :
kisah Abu Bakar makan sesuatu yang syubhaat. kisah Umar Al-Khattab dalam pembahagian harta kepada orang-orang Muhajirin dan anaknya sendiri.

3) Meninggalkan perkara khilaf bukan semestinya wara’ :
dalam perkara-perkara yang ada rukhsah - ikut lebih baik. yakin dalam suci dan syak dalam hadas - hadis (kentut yakin keluar angin).

4) Wara’ hanya bagi orang yang Istiqomah :
yang melakukan perkara yang diwajibkan dan tinggal yang dilarang. mereka yang melakukan dosa besar, tinggal yang wajib tapi berusaha tinggal perkara syubhat - wara’ sesat namanya - kisah darah nyamuk - orang Iraq.

Pengajaran hadis:

Seorang mukmin tidak seharusnya terus melakukan sesuatu yang dia sendiri merasa sangsi dan ragu. Hal ini menyebabkannya terjebak jatuh dalam perkara yang kemungkinan hukumnya haram. Meninggalkan sesuatu kerana ragu-ragu dan kerana ingin menjaga maruah diri dan keharmonian agama adalah suatu sifat wara' yang terpuji. Keyakinan adalah asas amalan dalam lslam. Amalan yang dilakukan dengan yakin dikira sah dan diberikan ganjaran pahala. Sebaliknya amalan yang dilakukan secara ragu-ragu, tidak memadai dan mesti diulangi.