Sunday, March 7, 2010

Sambungan Hadith 40...

HADITH 23

عن أبي مالك الحارث بن عاصم الأشعري قال: قال رسول الله : (( الطهور شطر
الإیمان، والحمد لله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن أو تملأ ما بين السماء
والأرض، والصلاة نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك أو عليك، آل
الناس یغدو فبائع نفسه فمعتقها أو موبقها )) رواه مسلم.

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda:

"Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya". Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1. Kebersihan sebahagian iman : (pendapat ulama’)
a) pahala pada kebersihan - berganda sehingga separuh pahala iman.
b) yang dikehendaki ialah meninggalkan perkara dosa dan maksiat (an-Nahl: 56). Yang dimaksudkan di sini ialah wudhu’.
c) bersih dari hadas besar dan kecil samada dengan air atau tayammun, dan yang dikehendaki
iman itu ialah solat.
d) yang dimaksudkan dengan bersih itu ialah wudhu’ - menghapuskan dosa-dosa kecil.

2. Galakkan mengingati Allah.

Pengajaran hadis:

(1) lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada lman.

(2) Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat mizannya dan sebagainya.

(3) Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.

Sambungan Hadith 40...

HADITH 22

عن أبي عبد الله جابر بن عبد الله الأنصاري رضي الله عنهما، أن رجلا سأل رسول الله e
فقال: أرأیت إذا صليت المكتوبات وصمت رمضان وأحللت الحلال، وحرمت الحرام، ولم
أزد على ذلك شيئا، أدخل الجنة؟ قال نعم )) رواه مسلم. ومعنى حرمت الحرام اجتنبته،
ومعنى أحللت الحلال فعلته معتقدا حله.

Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., رضي الله عنهما (beliau meriwayatkan):

"Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!". Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Yang bertanya ialah : Nu’man bin Qauqal(sahabat) - menyertai perang Badar/syahid dalam perang Uhud.Keimanannya terhadap syurga dan apa yang dijanjikan oleh Allah telah mendorong beliau untuk bertanya Nabi tentang hadith ini.

2) Menunaikan Solat Fardhu :
- wajib berjamaah di masjid - pendapat kebanyakan sahabat/ tidak ada sahabat yang khilaf.
- solat yang paling dicuaikan oleh orang munafiq (( Isyak dan Subuh)) - kalau mereka tahu
fadhilatnya nescaya mereka akan usha untuk mendapatkannya, walaupun dalam keadaan merangkak.

3) Wajib puasa Ramadhan

4) Yakin - mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah - hukumnya kufur.

5) Yakin - menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah - hukumnya kufur. Bentuk-bentuk haram dita’birkan dengan nama yang berlainan: Antaranya maksiat, dosa, khotar dll. Didatangkan dalam bentuk :
i) Larangan (nahyu) - misal (Hujuraat : 12 )
ii) Janji buruk ke atas pembuat (wa’iid) - (Aali ‘Imran : 77 ).
iii) Lafaz tahrim - An-Nisaa’ : 23 ) . Penghalalan dan pengharaman adalah hak Allah - dia yang mengetahui apa yang baik bagi manusia di dunia dan di akhirat - sesiapa yang menceroboh haknya akan diazab.

Pengajaran hadis:

(1) Hadis menerangkan betapa apabila seorang mukmin benar-benar menunaikan segala
tanggungjawab agama yang fardhu dengan sempurna, menghalalkan perkara yang halal dan
mengharamkan perkara yang haram, dia akan masuk syurga walaupun dia tidak melakukan amalanamalan sunat yang lain. lni adalah kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hambaNya.

(2) Hanya melaksanakan amalan fardhu tanpa yang sunat di sini ertinya melakukannya dengan
sempurna tanpa cacat, tanpa meninggalkannya atau mencuaikannya.

(3) Menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram bukan hanya dengan lidah tetapi hendaklah secara praktik, iaitu dengan mengerjakan apa yang halal kalau dia mahu dan menjauhkan segala perkara yang haram.

Sambungan Hadith 40...

HADITH 21

عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم.


Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:

"Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah". Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Makna Istiqomah :
- perbetulkan aqidah - beriltizan dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
- (Qurtubi) betul I’tiqad, kata-kata dan perbuatan - beriltizam. (Fusshilat : 30).

2) Kelebihan Istiqomah :
- diperluas/mudahkan rezeki di dunia (Fusshilat : 30-32) (al-Jin : 16).
- diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan.
- dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.
- didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga).

3) Istiqomah di atas Jalan yang Lurus :
- perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepatu syara’ (Hud : 112).
i) Istiqomah Hati :
- sebagai Raja kepada Jasad, Istiqomahnya akan menentukan istiqomah yg lain.
ii) Istiqomah Lidah :
- sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
- sebagai renungan (qoof : 18), (al-Isra’ : 36).

Pengajaran hadis:

(1) Hadis menuntut agar seorang mukmin sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang didakwa itu.
(2) lstiqamah bererti melalui suatu jalan yang lurus, jitu dan tepat.
(3) lstiqamah dalam menunaikan tuntutan lman adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya mengaku beriman namun gagal lstiqamah menunaikan tuntutan lman.
(4) lman dan lslam mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar
difahami. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau di hujung lidah semata-mata.